Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label tourist. Show all posts
Showing posts with label tourist. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

Lutung Dan Siamang

Assalamualaikum & hai.

Aku cuma nak cerita pasal seekor binatang yang super comel yang aku terjumpa tadi. Pernah dengar nama 'Lutung'? Aku pun baru tahu nama binatang tu lutung lepas aku tanya pakcik Google.

Basically Lutung ni keturunan monyet juga la. Tapi jarang sangat Lutung ni nak turun dari pokok apatah lagi nak keluar dari hutannya. But tadi aku and classmate aku terserempak dengan dia kat tepi jalan je. Tengah menikmati lunch. Tah apa yang dia makan tah, nampak macam roti. So aku syak mungkin geng-geng dia la yang asyik menceroboh masuk block V5F lately ni. Hehe.

Ada orang rasa muka Lutung ni scary. Tapi aku rasa dia sangat kiut. Nama species Lutung ni ialah Semnopithecus pyrrhus. Haa, rindu betul zaman belajar biology diploma and pra dulu bila sebut nama scientific ni.

 Ni gambar Lutung tengah posing yang aku mintak dari Pakcik Google, mana tahu korang pun macam aku juga tak tahu kewujudan Lutung ni before this.








Haaa, comel kan? Roommate aku cakap dia tak comel pun. Sobsobsob.

Btw, kat sini pagi-pagi and petang-petang akan ada sekumpulan binatang yang suka menyanyi-nyanyi dengan sangat la merdu. But seriously first time aku dengar bunyi tu, aku rasa scary kot. But time by time, aku mula adapt dengan bunyi tu and lama-lama aku rasa bunyi tu merdu. Bunyi tu sangat natural. That is why la aku suka sini. And one day aku dapat tahu yang itu adalah bunyi ungka. and my reaction is, "UNGKA?? Sejak bila pulak ada Ungka kat semenanjung nih?" Dah la binatang tu semua memang tak akan keluar dari hutannya. So aku decide nak buat study sikit. And after that aku buat assumption; yang bernyanyi setiap hari tu bukan Ungka tapi Siamang. Siamang ni keturunan Ungka jugak. Cuma dia lain sikit lah. Nama scientific Siamang ialah Symphalangus syndactylus.

Ini dia Siamang. Hehe. Comel sangat. Nak-nak yang gambar ke dua tu.





Apa pun, Lutung and Siamang ni keturunan dari Old World monkeys.  Maknanya ni semua sedara mara orang utan, big foot, etc etc.

Okay itu aja aku nak share. Till next post.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Wednesday, 25 January 2012

Iklan Keju Panda

Assalamualaikum & hai..:)

Semalam pagi before subuh aku dah bertolak balik ke UTP, and around 9am aku dah berjaya ambil kunci bilik baru aku. Tahniah la kat aku sebab bilik yang aku booking tak dapat, dah tu diberinya aku rumah level 4 terus. Saja nak suruh aku kurus sikit lepas aku bersusah payah ternak lemak selama 4 bulan lebih ni la kot.

So angkut barang-barang yang maha banyak ke level 4 tu cukup lah untuk mematahkan pinggang aku ni haaa. Tapi dah nak campak ke mana barang tu suma kalau tak di angkat ke atas iya dak? So angkat jugak la. Dalam 15minit, semua barang settle angkat. Ok tutup cerita tak da kena mengena dengan entry ni.

Nak cantik lagi rumah aku ni, majoriti housemates aku ialah minah arab. So secara tak sengaja nya aku terjumpa benda ni kat dalam fridge rumah aku tadi masa nak simpan air.

~sorry le tak cantik sangat, camera murah + lupa nak masukkan software kat dalam lappy~

Nampak je benda ni, terus aku tergelak sensorang then masuk bilik ambil camera (nasib pulak bilik aku betul-betul tepi dapur je so tak da orang perasan pasal hal aku ambil picture kat dalam fridge). Aku syak keju ni mesti 1 of my 'minah arah' housemates punya. Iya lah, da simpannya pon dalam fridge rumah aku. Tak housemates jiran depan rumah pulak kan.:)

Siapa yang yak pernah tengok lagi video iklan Keju Panda yang rage habis tu, ini dia:


So aku harap tak ada lah Panda ni datang mengamuk dekat aku bila aku nak tido nanti sebab aku gelak tak stop tadi. Hahahaha.

Dulu aku ingat iklan ni main-main je, realitinya keju Panda ni tak wujud. Tapi hari ni dah terbukti iklan ni betul-betul. Gila brutal kan paksa orang beli. Aku rasa dekat setiap tempat yang jual keju ni mesti panda ni da ready nak serang orang yang tak nak beli kan? Kihkihkih

Ok tu je nak merepek hari ni.

Assalamualaikum & may peace be upon all of you. :D

Saturday, 17 September 2011

UTP Mesra Global Outreach

assalamualaikum & hello..:)

pagi semalam sampai tengah hari tadi, aku berada di Bagan Datoh.. tujuan pergi sana sebenarnya untuk program UTP Mesra GO (Global Outreach). kiranya program ke Bagan Datoh ni sebahagian dari program UTP Mesra GO ni la.. sebab ada beberapa program dalam UTP Mesra GO ni..

pergi ke Bagan Datoh, program nya ialah Homestay.. dapat family angkat la kiranya.. yup, just same like program Anak Angkat kat Manjung hari tu.. tapi kali ni lagi seronok la.. serius tak tipu.. hihihi..

sepanjang join program ni, aku menjadi anak angkat kepada family Encik Sujak and Puan Radhiah.. seronok sangat dapat berkenalan dengan family.. sebab ada istimewanya family ni.. owh lupa nak kasi tau, kampung yang kami pergi tu, namanya Kampung Sungai Pergam..

semalam sampai di pekan Bagan Datoh da dekat tengah hari.. so bruch dulu, then pembahagian keluarga angkat and ikut foster parent balik ke rumah mereka.. eh eh, rumah kami (at that time).. hihihi..

so sementara yang lelaki pergi solat jumaat, kami yang perempuan ni boleh la melepak lama sikit kat rumah parent.. sebab aktiviti seterusnya cuma akan start lepas habis solat jumaat..

so aku amik kesempatan untuk beramah mesra and kenal-kenal dengan mak and adik beradik angkat aku..

family ni tak la besar sangat.. Puan Radhiah ni ada 4 orang anak, semuanya perempaun.. yang pertama dah jadi cikgu, kedua dah kerja di bank, yang ke tiga baru je daftar masuk kat UMT and yang bongsu baru habis UPSR.. dulu keluarga ni cumalah sama macam orang kampung biasa.. makan pakai cukup-cukup aja, kerja sekadar kerja-kerja kampung.. tapi alhamdulillah Allah kurniakan anak-anak yang bertanggungjawab.. anak-anak mereka yang da bekerja, tak pernah lupakan jasa mak ayah diorang.. anak yang sulung buat loan untuk baiki rumah, supaya keluarga kat kampung mampu merasa lebih selesa kehidupannya.. anak yang kedua beli kereta and tinggalkan di kampung untuk kemudahan mak ayah nak pergi kemana-mana.. tiap-tiap bulan still tak lupa untuk menghulurkan duit untuk belanja keluarga..

tengok, walaupun hanyalah anak perempuan, walaupun baru mulakan kehidupan, dah mampu membela nasib keluarga.. bila aku dengar cerita makcik radhiah, aku terfikir, apa akan jadi pada aku bila habis belajar nanti..? akan menjadi anak yang tak mengenang jasa ke..? akan menjadi anak yang mampu membela ibu dan ayah ke..? akan menjadi anak yang hanya mampu menabur wang tetapi tiada masa untuk orang tua ke..? dan saat tu aku terus berdoa agar Allah tetapkan hati dan nawaitu aku yang selama ini bermatian belajar kerana ingin mengubah nasib diri dan keluarga..


ok masuk balik pasal program ni.. lepas da beramah mesran dengan foster family, kena gerak ke rumah pengerusi homestay.. sebab nak start masak lemang.. hihi.. tapi aku tak amik port sangat part lemang tu.. aku busy sediakan makanan untuk semua yang buat kerja.. nak tau ape benda yang aku buat untuk semua orang..?



~pisang goreng~

aku jadi penggoreng pisang berjaya petang tu.. sampai aku sendiri dapat makan 3 ketul ke pisag goreng nya.. laju je suma makan.. lapar kot lepas berhempas pulas dengan asap lemang tu.. hahaha...

malam semalam pulak ada jamuan raya.. sebab tu la kitorang buat lemang sebenarnya.. hihi..  masa jamuan raya tu, ada la persembahan tarian.. and makanan yang disediakan pulak ialah soto, nasi impit and kuah kacang, lemang and rendang.. hehe.. memang terangkat la dapat makan lemang.. hihihi..

lepas kitorang melantak macma orang kena rasuk kebuluran, kitorang kena join lak penari-penari tu buat persembahan.. hahaha.. part ni yang paling tak best.. sebab aku malu sebenarnya.. muahaha.. tapi buat aja la.. hahaha...

hari ni pulak, kitorang belajar nak buat coconut shake, coconut jelly dengan tali dari batang pisang.. seronok weh.. hehehe.. habis semua tu da tengah hari.. so habis je buat belajar buat benda-benda tu, terus gerak balik ke UTP.. kena rushing sebab esoka da program lain.. tapi aku tak dapat join program tu sebab guests aku semua terpaksa tarik diri last minute.. huhuhu..

before aku stop cerita, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Tourism Malaysia sebab sponsor program homestay kat Bagan Datoh ni.. awesome gila weh..!!

ok la, tu aja aku nak share.. gambar pon tak ada banyak.. sebab aku lupa bawak kamera.. so setakat apa yang akau letak ni aja la ya..



~ni kak farhana, pegawai Tourism Perak~



~budak kecik tu asyik menjerit-jerit sebab kena sakat dengan kawan-kawan aku ni~
~diorang memang excited gila nak buat lemang~
~lagi sekali, budak ni da bosan da masa ni~
~some of my friends with their foster family masa jamuan raya~
~antara makanan masa jamuan raya~

~before balik tidur, kena bergambar sket.. btw, perasan tak aku sedondon dengan chee hong? he said aku kena jadi pengantin dia la untuk malam tu sebab da sedondon.. what la kan..~
~masa ni tinggal anak-anak aja.. haha~


~tengah nak tebuk kelapa, nak ambil air and isi untuk buat coconut shake and coconut jelly~

      
~suma muka excited merasa air coconut shake yang dah siap~



 





























































Thursday, 3 June 2010

tadau ka'amatan ~ perayaan unik ~

assalamualaikum & salam sejahtera..

da banyak hari nak post entry nie..
tapi lom ada masa nak menaip..

ok... korang suma kalo betul ambil tau pasal budaya di malaysia,
sure gak la korang tau kat sabah ada satu perayaan unik,
yg di panggil TADAU KA'AMATAN kan..????

aq da lama sangat berminat nak tau pasal pesta nie..
dan aq berharap sesangat dapat peluang rasa suasana sambutan nye..
ok, lets share our knowledge bout this festival..

  1. tadau ka'amatan nie bermaksud PESTA MENUAI.
  2. pesta nie disambut oleh kaum kadazan dusun ( kaum majoriti di sabah) sebagai meraikan tuaian yg baik, banyak.. tapi kaum kaum lain pon sambut jugak la..
  3. pesta nie biasanya di sambut setiap penghujung bulan mei (30 & 31 haribulan)..
  4. kaum kadazan dusun percaya bahawa terdapat 'semangat padi' iaitu KINOINGAN yg di kenali sbg BAMBAAZON disembah sbg pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan..
  5. antara aktiviti wajib yang mesti ada semasa pesta nie ialah UNDUK NGADAU (ratu cantik), TARIAN SUMAZAU [rindu lak nak menari sumazau nie..hehe] dan BOBOHIZAN ( ketua pendita)

haa, amacam..?? bez kan budaya diorang..
walaupon sekarang pesta nie cuma la satu dari sambutan perayaan je (tak macam zaman dulu kala), tapi kemeriahan nye tetap unik.. menarik tertarik tadau ka'amatan memang da boom....
hihi.. terlebih pulak..

okeh, ini pakaian tradisional kadazan dusun:
~ chantek kan pakaian diorg.. unik..~

okeh, kaum kadazan dusun nie di katakan berasal dari taiwan ( tempat asal usul orang austronesia).. no wonder la diorang nie nampak cam orang cina (kalo masih lom mix la kan).. kulit putih, mata sepet sket ( tapi chomey...i like..), rambut straight..

satu lagi, kaum kadazan dusun nie sebenarnye adalah hasil kombinasi 40 suku dusun dan kadazan.. antara yang popular nye ialah KEDAYAN, LINGKABAU, LUNDAYEH, MURUT, NGABAI, SUNGAI dan BISAYA..
opss, mungkin aq je la yang rasa suku nie familiar.. korang aq tak sure lak..

haa, disebabkan aq sukakkkkkkk sangat sama lagu SAYANG KINABALU,
maka aq selitkan lirik lagu nie okeh..??

~Sayang Kinabalu ~

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU
MENARI NARI LENGGANG SUMAYAU
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

haaa.. amacam..? reti nyanyi tak..??
haha.. tariannye pon bez.. hihi..
ok lah, walaupon agak terlewat sikit,
tapi aq nak ucapkan
KOPIVOSIAN TADAU KA'AMATAN (selamat hari menuai)
buat semua kawan kawan kadazan dusun aq ye..:)

p/s: kalo ada yang tersilap tu, arap di maaf kan la ye.. al-maklum la, aq nie bukan orang sabah.. sedara mara sabah pon tak ada.. so tak dapat nak di buat rujukan lelebih.. ape pon, memang unik kan tadau ka'amatan nie.. ok, ada masa nanti aq nak story lak pasal adat perpatih di negeri sembilan.. satu lagi warisan menarik yang ada di malaysia..:)

assalamualaikum & papai..

Tuesday, 18 May 2010

KLANG BANDAR DIRAJA ~ PERMAI DAN INDAH ~

assalamulaikum & salam sejahtera..

aq kan orang klang..
so menjadi tanggungjawab aq la nak cite pasal klang niey kan..
ok, klang nie, ada banyak gilak bangunan yang menarik..
yeah, aq memang ley puji kecantikan dan keunikan nye..
tak ley dakwa dakwi nafi lagi..

contohnye masjid DiRaja Sultan Sulaiman...
memang lawa, memang cantek..
Masjid DiRaja - Sultan Sulaiman Klang

kalo anda semua menggunakan federal highway dari arah kl ke klang,
nak tau da sampai klang ke belum,
anda mesti jumpa keris dulu..
KERIS!!
takda keris, maknenye wrong way ok...!! (tapi tu kalo lalu ikut federal la)
tugu keris nie cuma ada kat KLANG sahaja ok!!!
tak dapat kat tempat len punyer..!!
Tugu Keris Klang

nak cite lagi segala macam keunikan klang nie, memang tak tido la korang nak baca..

tapi yang paling uniknye kat klang nie adalah
SI LEMBAGA HITAM BERKAKI DUA BERSAYAP SEPASANG!!
haaaa, tu la burung gagak namanye..
kat sini memang banyak burung gagak..
dari zaman klang nie memang indah dan permai,
sampai la ke zaman skang yang mana
klang nie indah & permai hanya di dalam memori dulu kala sahaja..

siap ada pertandingan menembak gagak lagi kat sini..
sekor bangkai ada la dalam 2 hingga 3 ringgit sekor..
kat tempat len ada ke..???
special kan..??
so kepada pemburu pemburu yang suka menembak,
sila datang ke klang dan lakukan lah hobi anda..

skang gagak da kurang la sikit berbanding dulu..
kalo dulu, (time aq skolah rendah)
asal senja je,
kat hospital klang tu kuat gila bunyi gagak!!
memang memekak abis la..
da la orang tengah sakit..
bertambah sakit lak mental dengar bunyi gagak yang tak brape nak merdu tu..

satu lagi masalah kat klang nie,
SAMPAH..
klang indah dan permai tu aq da dengar, baca dan jumpa sejak aq pandai membaca lagi ( sejak aq masuk darjah 1)..
mase kat skolah dulu,
ada la satu hari,
cikgu bagi tajuk karangan,
'KLANG INDAH DAN PERMAI'

aq langsung takda idea nak tulis pasal tajuk tu..
sebab aq tengok klang nie tak indah pon..
kalo da tak indah, cam ne nak permai..??
pas tu aq tanye la kat cikgu,
"cikgu, kat mana sy nak nampak indah klang nie..? banyak sampah je.."

cikgu tu gelak sambil cakap, tu cuma cogan kata..
lagi la aq pelik..
pas tu aq langsung tak hantar karangan tu..
sebab aq tak da idea..
cikgu pon marah la..
tp aq senyum jer kat cikgu tu..
ye la, da wat salah kan..
haha..

ok ok, balik pada indah dan permai tu..
aq ada 2 hipotesis kenapa ada tag line 'KLANG INDAH DAN PERMAI' tu..
1st) dulu klang memang indah.. sekaligus keindahan tu melahirkan keharmonian n permai di pandangan n hati rakyat..
tapi sekarang...??
kite rakyat klang la yang punye angkara sampai jadi cam sekarang nie..

2nd) kerajaan sengaja bagi tag line tu kat klang dengan harapan rakyat akan sedar tentang tanggungjawab kita suma supaya jaga klang nie agar sentiasa indah dan permai..
tapi kita lak cam tak reti-reti bahasa lak kan..
sia-sia je usaha kerajaan..

aq penah bawa sorang kawan dari sabah datang ke klang..
masa tu kami guna kenderaan awam (bas) je untuk datang ke klang sekaligus datang umah aq..
masa die turun je dari bas kat terminal klang utara tu,
die terkejut gila tengok keadaan klang nie..
aq perasan die nampak pelik..
tapi aq diam je..
pas tu kitorang tunggu pulak bas untuk balik ke umah aq..
masuk dalam bas,
die asyik betol memandang ke luar tingkap..
pas tu, turun je dari bas,
die start tanye aq soalan cepu gangsa...
"KENAPA KLANG NIE KOTOR??"
aq pon jawab la sambil berseloroh,
"ORANG KLANG SANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR"

tapi jauh kat dasar atiey aq,
terasa amat la malu bila orang luar tanye cam tu..
sedih siot..
kenapa la orang klang tak mau bukak mata untuk pandang kiri, kanan, depan blakang..
tengok ape yang ada kat sekeliling kite nie..
jangan sampai 1 hari nanti kerajaan label klang sebagai BANDAR SAMPAH atau
BANDAR GAGAK HITAM atau
BANDAR KOTOR!!

sama sama la jage bandar kite nie..
tak kan kite nak idup disekeliling sampah sarap je kan..
sebab tu la kite slalu sakit..
kalo kite tak barubah, cam ne klang nak bersih..??
setakat arap kat MPK (majlis perbandaran klang yer),
tapi kite sendiri tak da kesedaran,
memang tak kan jalan la..

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!

p/s: masa zaman sekolah dulu aq pernah la gak buang sampah tepi pagar.. tapi pas tu aq rasa bersalah lak.. esoknye aq g cari sampah tu n buang die dalam tong sampah.. mungkin ada orang yang nampak ingat aq nie da mereng.. hahaha

assalamualaikum & papai..