Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label excited. Show all posts
Showing posts with label excited. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

Buku Warna

Assalamualaikum & peace be upon you.

Hi blog. Rindu kau. Hihi. Nak post new entry, tapi physically tak larat nak buat. =_='

Well, dah 9 hari masuk tahun baru.

Buku warna. Setiap helaian tu, dah ada gambar, tapi rasa hambar sebab tak da warna. Terasa tak berseri sebab tak da color yang hiasi. Kan.?
Macam tu la aku rasa hidup aku sejak these few months. Mungkin sebab aku makin lalai dengan sibuk dunia kot. Mungkin jugak sebab aku masih belum dapat adapt dengan perubahan hidup aku kot.
So aku la yang patut decide nak ambil color and start mewarna buku tu atau tak. Aku la yang patut decide nak color kan gambar daun dengan warna apa. Siapa lagi kalau bukan aku.

Ok tutup mukadimah.


Tadi tetiba Ida bagi aku soalan, "tahun ni umur kau berapa eh?"
Dalam kepala aku baru teringat nak congak-congak, sebab aku asyik confuse je berapa umur aku sekarang. Terasa macam lepas umur 25, aku start dah tak boleh simpan dalam kepala berapa umur aku sekarang.. Cehh.. Poyo.. Haha.. Well, zaman remaja aku officially tamat kat umur 25 sebab tahun tu la aku lucutkan title student dari hidup aku. +_+

So bila aku dah ingat berapa umur aku, start la aku fikir, apa achievement aku setakat ni?

And well, untuk orang yang baru mula stabilkan kehidupan sendiri, memang banyak laa yang belum achieve.

So tahun 2016 ni, ada la few small things aku nak cuba improve, and nak teruskan improve.

1. 1 Buku 1 Bulan. - Zaman sekolah sampai universiti dulu, setakat sebulan sebiji buku tu, benda normal. Tapi bila aku kira-kira balik masa minggu terakhir 2015, sepanjang setahun tu, aku mampu baca tak sampai 10 biji buku pun. Damn teruk. So tahun ni kena serius sikit. Alhamdulillah for January, da achieved, thanks to cuti 3 hari last week. So sekarang tengah baca 2nd book la. Buku yang aku da habis baca tu buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan; Tuhan Kini Aku Datang' tulisan Lepat. Mungkin aku rasa semangat gak nak habiskan buku tu sebab perasaan nak tau tentang perjalanan dia untuk menyelamatkan akidah anak dia tu meluap-luap. Sanggup tak tido sebab nak habiskan buku tu. Haha.

2. Mari ke Masjid. - Sejak aku habis belajar, aku da jadi penyegan pulak nak ke masjid. Kalau pun pergi masjid, mesti time terdesak, contohnya on the way nak balik rumah, waktu solat dah nak habis and aku belum solat, then ternampak masjid tepi jalan, jadi aku pun singgah la. Niat nak ke masjid semata-mata untuk solat berjemaah and then dengar kuliah tu dah makin menipis. Astaghfirullah. Jadi kesedaran yang aku da makin hanyut dek arus deras kemalasan jiwa dan penipisan ozon keimanan, aku wajib untuk paksa diri ubah perangai ni. Maka, every Saturday night (with terms & conditions yang aku tak boleh reveal kat sini), aku kena pergi masjid untuk solat Maghrib and Isyak berjemaah, and dengar kuliah. InsyaAllah moga di mudahkan and di jauhkan dari rasa malas dan hasutan setan!

3. Diet. - Actually aku start diet middle November. Sebabnya, aku makin risau dengan tumbesaran aku sejak dah kerja ni. Mungkin sebab sejak kerja, aku dah tak aktif macam zaman belajar. Iya la, dah duduk je menghadap PC, nak aktif celah mana. Jadi badan yang da sedia gedempol ni makin mengembang-ngembang lak. So aku kawal sikit la pemakanan aku sekarang. And since badan aku da mula boleh adapt dengan diet baru, maka dengan itu, tahun ni aku nak start pergi gym. Sebab kalau nak jogging and exercise kat taman-taman sekitar PJ ni terlalu banyak dugaan especially dari segi keselamatan and kekangan masa, jadi aku terpaksa la labur duit sikit kat gym. Sekarang aku tengah survey gym yang affordable and bagi aku the best package.

4. Bag Packing. - Tahun lepas dah berjaya redah Pantai Timur, jadi tahun ni nak redah Utara. Ye, aku bag packing semenanjung je. Sebab aku ada target aku sendiri. Selagi semenanjung aku tak pusing (travel bag pack style), selagi tu takkan start Borneo pulak. Borneo dah habis, baru keluar dari Malaysia pulak. Lain orang lain target die kan. So let me be. Haha. Berlagak. Aku target nak bag packing middle of this year. InsyaAllah moga di mudahkan. Hihi.

5. Umrah. - Aku target nak g umrah tahun depan. Jadi planning aku, nak cukupkan simpanan by end of this year. Kalau aku ikut betul-betul financial planning aku buat ni, insyaAllah aku boleh bawak sorang lagi untuk g dengan aku. Hoyai.. InsyaAllah moga di beri kelapangan dan rezeki jadi tetamu di sana.

Ok, itu je target aku untuk tahun ni.

Korang yang baca tu, tolong doakan semoga aku di mudahkan dan di beri kelapangan untuk achieve 5 points tu ye. Aamiin..


Take care, Happy New Year.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Friday, 6 February 2015

Sentuhan Tarbiyah, Tautan Hati

Assalamualaikum & peace be upon u.

Last usrah aku attended kalo tak silap, hujung August tahun lepas. Bila habis exam, aku pun balik ke rumah. Malam tadi baru aku dapat pergi usrah semula.

Tau tak betapa seronok aku rasa dapat ikut usrah semula? Alhamdulillah.. ;)

Hopefully there will always be my rezeki untuk attend usrah lagi.

Terasa macam picisan puzzle yang tercicir mula bercantum balik. Mungkin itu lah namanya rahmat dari majlis yang diberkati Allah. Terasa macam orang yang baru bertemu kekasih. Mungkin tu la namanya ukhwah dan kasih sayang sesama hamba-Nya yang mempunyai matlamat yang sama.

Terima kasih Ya Allah. ;)

Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday, 4 July 2010

last touch

assalamualaikum & salam sejahtera..

aktiviti terakhir di dapur emak adalah
membuat ROTI JALA PANDANG!!

warghh.. so long never do it..
last sekali aq tirai roti jala masa umor aq 14 tahun kalo tak silap..
mula mula aq bajet mak yg nak wat..
khas utk anak nye yg bakal blah balik ke KB semula...
sekali mak jerit suruh turun da..
aq ingat mak suruh turun makan..
rupanye suruh turun tolong wat roti jala..
wahahahahha..
meleset terus sangkaan daku..
[mak, kenapakah dikau takmau manjakan anakmu yg gedik ini disaat daku memerlukan kemanjaanmu..? ngeh ngeh ngeh..]

okeh, mula mula mak yg siapkan segala kelengkapan and kuah and tepung..

1st benda yg mak wat adalah kuah manis durian...
biasanye roti jala orang makan dgn kuah manis or kari or gulai la kan..
since orang kat umah da lama tak makan kuah manis,
mak pon wat la kuah manis..
teruja lak aq coz da lama tak makan kuah manis mak..
(walaupon sebenarnye aq lagi suka makan roti jala ngan kuah kari)
haa, nieh la kuah manis durian mak..:)

[ isi durian yang da dibuang bijinya ]


[ kuah manis durian yg sedang di masak ]


[ kuah manis durian sedia di makan ]


haa, abis je mak masak kuah manis durian,
mak pon siapkan tepung roti jala,
dan aq pon ready utk nak menirai roti jala tu..
cuak gila dalam atiey bila nak kena tirai..
coz da lama benar tak tirai roti jala tu..
tah ada lagi ke tak ke skill menirai aq nieh..
tapi nak cakap kat mak yg aq tak sure ley ke tak tirai roti jala nie tak sampai atiey la pulak..
kang mak ingat ilmu turun temurun die nie tak lekat dalam sanubari aq la pulak..
ekeekeke..
so diam diam dan buat je la labu..
tembak aje..
hahaha

[ nie la tepung yg da siap dibancuh oleh my mom ]


[ tepung yg da selamat di tiraikan ]

haa, akhirnye...
baru aq tau yg segala ilmu turun temurun mak masih segar bugar dalam ingatan aq..
dengan penuh kejayaan aq mampu abiskan semua tepung yg mak bancuh tu..
ada la dalam sekilo setengah mak bancuh..
banyak wohhh..

[ roti jala yg da siap, thanx to my sis yg sangat rajin tolong gulungkan roti jala nieh ]


[ nieh la die roti jala pandan resepi mama ku.. ]
okeh, nieh la pengeluar resepi nye..
hehehe..
penting tuh perkenalkan tuan punye resepi..


okeh, lain kali bila cuti lagi,
aq akan pastikan mak wat popia basah pulak..
rindu gila nak makan popia basah emak..
nak nak time bulan pose..
wahhh..
superb abis la time berbuka tu kalo dapat sental popia basah emak..
wink wink wink..

p/s: mee udang yg aq blaja buat masa cuti baru nieh pon aq ada amik pic nye jugak.. hahaha

assalamualaikum & papai..

Thursday, 3 June 2010

tadau ka'amatan ~ perayaan unik ~

assalamualaikum & salam sejahtera..

da banyak hari nak post entry nie..
tapi lom ada masa nak menaip..

ok... korang suma kalo betul ambil tau pasal budaya di malaysia,
sure gak la korang tau kat sabah ada satu perayaan unik,
yg di panggil TADAU KA'AMATAN kan..????

aq da lama sangat berminat nak tau pasal pesta nie..
dan aq berharap sesangat dapat peluang rasa suasana sambutan nye..
ok, lets share our knowledge bout this festival..

  1. tadau ka'amatan nie bermaksud PESTA MENUAI.
  2. pesta nie disambut oleh kaum kadazan dusun ( kaum majoriti di sabah) sebagai meraikan tuaian yg baik, banyak.. tapi kaum kaum lain pon sambut jugak la..
  3. pesta nie biasanya di sambut setiap penghujung bulan mei (30 & 31 haribulan)..
  4. kaum kadazan dusun percaya bahawa terdapat 'semangat padi' iaitu KINOINGAN yg di kenali sbg BAMBAAZON disembah sbg pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan..
  5. antara aktiviti wajib yang mesti ada semasa pesta nie ialah UNDUK NGADAU (ratu cantik), TARIAN SUMAZAU [rindu lak nak menari sumazau nie..hehe] dan BOBOHIZAN ( ketua pendita)

haa, amacam..?? bez kan budaya diorang..
walaupon sekarang pesta nie cuma la satu dari sambutan perayaan je (tak macam zaman dulu kala), tapi kemeriahan nye tetap unik.. menarik tertarik tadau ka'amatan memang da boom....
hihi.. terlebih pulak..

okeh, ini pakaian tradisional kadazan dusun:
~ chantek kan pakaian diorg.. unik..~

okeh, kaum kadazan dusun nie di katakan berasal dari taiwan ( tempat asal usul orang austronesia).. no wonder la diorang nie nampak cam orang cina (kalo masih lom mix la kan).. kulit putih, mata sepet sket ( tapi chomey...i like..), rambut straight..

satu lagi, kaum kadazan dusun nie sebenarnye adalah hasil kombinasi 40 suku dusun dan kadazan.. antara yang popular nye ialah KEDAYAN, LINGKABAU, LUNDAYEH, MURUT, NGABAI, SUNGAI dan BISAYA..
opss, mungkin aq je la yang rasa suku nie familiar.. korang aq tak sure lak..

haa, disebabkan aq sukakkkkkkk sangat sama lagu SAYANG KINABALU,
maka aq selitkan lirik lagu nie okeh..??

~Sayang Kinabalu ~

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU
MENARI NARI LENGGANG SUMAYAU
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

haaa.. amacam..? reti nyanyi tak..??
haha.. tariannye pon bez.. hihi..
ok lah, walaupon agak terlewat sikit,
tapi aq nak ucapkan
KOPIVOSIAN TADAU KA'AMATAN (selamat hari menuai)
buat semua kawan kawan kadazan dusun aq ye..:)

p/s: kalo ada yang tersilap tu, arap di maaf kan la ye.. al-maklum la, aq nie bukan orang sabah.. sedara mara sabah pon tak ada.. so tak dapat nak di buat rujukan lelebih.. ape pon, memang unik kan tadau ka'amatan nie.. ok, ada masa nanti aq nak story lak pasal adat perpatih di negeri sembilan.. satu lagi warisan menarik yang ada di malaysia..:)

assalamualaikum & papai..