Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 18 June 2018

When We Walk, Sometimes We Fall

Assalamualaikum & peace be upon you all.

Almost one and a half year apart from last entry; For my long absent, I am sorry.

Canggung nya nak start typing ni. Lama sangat dah tak type entry untuk share publicly. Hihi.
First of all, selamat hari raya to all. Moga Allah hadirkan rasa gembira dan bersyukur yang berganda-ganda dalam hati kita setelah berjaya mendidik nafsu kita selama sebulan yang lepas. Hooorayyy.. Alhamdulillah.. Hihi.. Secondly, walaupun almost one and a half year aku tak up new entry, actually banyak je entries yang aku type dalam ni. But I saved it as draft, then later deleted. Kihkihkih. Around early 2010 dulu, I made a big mistake with my blog, and the result was tercalarnya sebuah persahabatan. Since that day I realised that I should never ever share any bad feeling in the blog. Tak kira la benda tu cuma perasaan aku yang terlalu mengikut emosi or worst sampai tahap mengumpat mengata orang. I try my best to only type and share all colourful words with positive vibes kat sini. Hence here is the result, I did not post any new entry for a long time. Haha. Hidup I penuh dengar aura hitam lately ni.. But I do feel good with it. Okay done with the longgg intro.

Last entry, aku sembang pasal defend kan. Haa that not-so bright entry tu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun the worst journey throughout of my life was happen on 2017, but I was survived. Alhamdulillah, Sekarang badai dah stop, pantai dah tenang, tinggal kesan-kesan dari ribut tu je masih bersisa. Biasa lah, lepas ribut, cleaning process and recovery process tu akan ambil masa kan. Nak bersihkan segala sampah sarap, nak baiki tembok yang runtuh, nak bina kubu pemecah ombak yang baru, nak tanam pokok-pokok yang tumbang balik, banyak kan kerja nya. Sama la life aku sekarang pun. Tengah melalui cleaning and recovery process. Haha. Regardless how strong and often the storms came until end of last year, I survived. Itu yang penting.

First-half of 2018 dah sampai kat hujung lap, finish line dah clear nampak sekarang. Second-half 2018 ni, semoga Allah terus mudahkan segala urusan kita semua.

Walaupun aku survived, I know the scars won't heal easily but slowly; I believe time will heal everything. One day, when I visit these memory lane, I will smile brightly to all these bittersweet memory. Until that day come, I will keep on walking.

You know, there will be very painful moments in our life that will change our entire world in a matter of minutes; or seconds. These moments will change us. But let them make us  stronger, smarter, and kinder. Don't let ourselves become someone that we are not. Cry, scream; if you have to. Then let straighten out that crown and keep moving.

Actually, these past few months, sejak aku ada banyak free time untuk tengok sekeliling, aku sedar dan betul-betul faham maksud 'setiap orang ada level ujiannya sendiri'. Yang Allah dah develop secara exclusive and specially for each of us. Maybe we will see similar story or difficulty, but will never be the same.

Di sebabkan itu, kalau kita rasa masalah or dugaan pada kita, and kita boleh walk out from those difficulty without much injuries, tak bermaksud orang lain mampu harungi sama macam kita. Keadaan nya sama macam bila kita pergi jungle tracking. Kita lalui denai yang sama, tapi tak semua orang keluar dengan keadaan yang sama. Ada yang keluar safe and sound, ada yang terseliuh, ada yang kena gigit pacat, ada yang pengsan, and macam-macam lagi kan. Sebab tu, jangan pernah letak hukum pada orang lain melainkan anda memang seorang hakim. Hihi. And jangan pernah cakap "Alah, aku pernah hadap benda lagi teruk dari tu, takda pulak aku sampai nak jadi macam dia". Are we really sure that 'benda lagi teruk' kita tu memang lagi teruk dari orang tu?

Bila kita terjatuh semasa berjalan, kita akan pandang sekeliling tempat jatuh tu untuk cari apa punca kita jatuh. Dan bila dah jumpa, kita akan alihkan, atau kita akan mark supaya kita takkan jatuh lagi di tempat yang sama. Jatuh tu normal. Jatuh tu lumrah. Tapi samada kita bangun terus, kita ambik masa untuk perhatikan sekeliling, kita duduk sekejap hilangkan sakit, semua tu bergantung pada keadaan; keadaan kita, keadaan sekeliling, etc....


Hurm... aku membebel pepanjang kali ni. Tapi aku tak pasti apa conclusion dari entry ni. Haha..

Moga Allah sentiasa beri kita kekuatan untuk tempuhi and lalui ujian-ujian yang Dia dah bentukkan untuk kita. Semoga Allah beri kesihatan yang optimum kepada kita untuk terus kuat dan cekal physically and mentally untuk berjalan semula. Semoga 'jatuh' kita itu sebenarnya hantar ruang untuk kita berehat sebelum meneruskan langkah berjalan ke titik akhir hidup kita.

Amiin.

Again. Selamat hari raya Aidilfitri 1439H/ 2018M. :)

Assalamualaikum.






Sunday, 26 February 2017

Difficulties

Assalamualaikum.

Ujian ni, ada yang sampai kat kita untuk kita overcome. Ada yang sampai kepada kita untuk kita jadikan pengajaran so that we will never repeat the same mistakes or supaya kita dapat pengalaman hidup so that kita tahu macamana nak handle the similar difficulties in the future. Dan ada juga ujian yang kita cuma perlu stay kat defence position, tahan, tahan, tahan, sampai penghujung lorong ujian tu.

All these three type of difficulty, cara untuk kita react and move on tak sama. Yang sama cuma, semua tu Allah bagi kat kita atas sebab yang Allah saja tahu, and Allah takkan pernah kasi something yang akan menzalimi hamba-Nya. These are the words that I keep repeated to myself untuk try maintain positive (even though lately otak ni kadang-kadang tak boleh fikir positive).

Aku; aku rasa most of the time bila ujian yang perlukan aku guna otak, akal yang waras untuk solve it, aku boleh handle pretty well. Bila ujian yang perlukan aku untuk jadi lebih mature and take is as a lesson learnt, I can understand and get it pretty good too. Tapi aku tak pernah tahu defence level aku kat level mana sebab selama ni aku tak pernah face ujian yang perlukan aku jadi defendant yang bagus. And right now, aku rasa I am a weak defendant. I can say i am really aggressive bila kena solve problem. That's why aku boleh overcome so many difficulty in a short time. Tapi bila sampai kepada ujian yang aku kena switch to defendant position, I'm weak. Too weak. Even I myself shocked with my performance bila sampai bab kena bertahan macam ni.

Hurmmm. I think I made a promise to myself that I'll not share any of my weakness in this page anymore. But for more than 2 years I endure everything to myself and it's become worst day by day. I can't share with anyone because either they have their own difficulties or i would think why should I burden them with the unnecessary stress which is not related to them at all.

Orang selalu kata, bila kita rasa kita tak mampu tanggung masalah kita, we should share with someone. Aku tahu, aku ada ramai orang yang sudi pinjamkan telinga dengar apa aku rasa. Aku tahu aku ada ramai orang yang sudi pinjamkan aku bahu untuk aku sandar lepaskan lelah jadi defendant. Tapi aku sendiri yang tak mampu nak pergi kat diorang and minta pinjam telinga, pinjam bahu tu. Maybe because I'm too used to be the person that lend my ear and shoulder to others sampai tahap aku tak boleh buat perkara sama kat diorang. Aku rasa macam, because I know their problems and struggles, so I don't dare to put any burden towards them. Padahal aku pun macam diorang, aku ada masalah, tapi aku still pinjamkan telinga and bahu untuk diorang. And I know it well that they want to do the same to me. Tapi complicated nya aku ni sampai aku rasa aku cuma akan tambahkan masalah diorang kalau aku share masalah aku.

By right, aku rasa aku da unfair dengan diorang. And now I claims that I have no one to share my burden. Complicated kan aku ni. Sorry kawan...
There's not much of things that I want. I just hope that I can stay in this defence position till these difficulty ends.

Pray for the best of me during these days.

Assalamualaikum.


Saturday, 9 January 2016

Buku Warna

Assalamualaikum & peace be upon you.

Hi blog. Rindu kau. Hihi. Nak post new entry, tapi physically tak larat nak buat. =_='

Well, dah 9 hari masuk tahun baru.

Buku warna. Setiap helaian tu, dah ada gambar, tapi rasa hambar sebab tak da warna. Terasa tak berseri sebab tak da color yang hiasi. Kan.?
Macam tu la aku rasa hidup aku sejak these few months. Mungkin sebab aku makin lalai dengan sibuk dunia kot. Mungkin jugak sebab aku masih belum dapat adapt dengan perubahan hidup aku kot.
So aku la yang patut decide nak ambil color and start mewarna buku tu atau tak. Aku la yang patut decide nak color kan gambar daun dengan warna apa. Siapa lagi kalau bukan aku.

Ok tutup mukadimah.


Tadi tetiba Ida bagi aku soalan, "tahun ni umur kau berapa eh?"
Dalam kepala aku baru teringat nak congak-congak, sebab aku asyik confuse je berapa umur aku sekarang. Terasa macam lepas umur 25, aku start dah tak boleh simpan dalam kepala berapa umur aku sekarang.. Cehh.. Poyo.. Haha.. Well, zaman remaja aku officially tamat kat umur 25 sebab tahun tu la aku lucutkan title student dari hidup aku. +_+

So bila aku dah ingat berapa umur aku, start la aku fikir, apa achievement aku setakat ni?

And well, untuk orang yang baru mula stabilkan kehidupan sendiri, memang banyak laa yang belum achieve.

So tahun 2016 ni, ada la few small things aku nak cuba improve, and nak teruskan improve.

1. 1 Buku 1 Bulan. - Zaman sekolah sampai universiti dulu, setakat sebulan sebiji buku tu, benda normal. Tapi bila aku kira-kira balik masa minggu terakhir 2015, sepanjang setahun tu, aku mampu baca tak sampai 10 biji buku pun. Damn teruk. So tahun ni kena serius sikit. Alhamdulillah for January, da achieved, thanks to cuti 3 hari last week. So sekarang tengah baca 2nd book la. Buku yang aku da habis baca tu buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan; Tuhan Kini Aku Datang' tulisan Lepat. Mungkin aku rasa semangat gak nak habiskan buku tu sebab perasaan nak tau tentang perjalanan dia untuk menyelamatkan akidah anak dia tu meluap-luap. Sanggup tak tido sebab nak habiskan buku tu. Haha.

2. Mari ke Masjid. - Sejak aku habis belajar, aku da jadi penyegan pulak nak ke masjid. Kalau pun pergi masjid, mesti time terdesak, contohnya on the way nak balik rumah, waktu solat dah nak habis and aku belum solat, then ternampak masjid tepi jalan, jadi aku pun singgah la. Niat nak ke masjid semata-mata untuk solat berjemaah and then dengar kuliah tu dah makin menipis. Astaghfirullah. Jadi kesedaran yang aku da makin hanyut dek arus deras kemalasan jiwa dan penipisan ozon keimanan, aku wajib untuk paksa diri ubah perangai ni. Maka, every Saturday night (with terms & conditions yang aku tak boleh reveal kat sini), aku kena pergi masjid untuk solat Maghrib and Isyak berjemaah, and dengar kuliah. InsyaAllah moga di mudahkan and di jauhkan dari rasa malas dan hasutan setan!

3. Diet. - Actually aku start diet middle November. Sebabnya, aku makin risau dengan tumbesaran aku sejak dah kerja ni. Mungkin sebab sejak kerja, aku dah tak aktif macam zaman belajar. Iya la, dah duduk je menghadap PC, nak aktif celah mana. Jadi badan yang da sedia gedempol ni makin mengembang-ngembang lak. So aku kawal sikit la pemakanan aku sekarang. And since badan aku da mula boleh adapt dengan diet baru, maka dengan itu, tahun ni aku nak start pergi gym. Sebab kalau nak jogging and exercise kat taman-taman sekitar PJ ni terlalu banyak dugaan especially dari segi keselamatan and kekangan masa, jadi aku terpaksa la labur duit sikit kat gym. Sekarang aku tengah survey gym yang affordable and bagi aku the best package.

4. Bag Packing. - Tahun lepas dah berjaya redah Pantai Timur, jadi tahun ni nak redah Utara. Ye, aku bag packing semenanjung je. Sebab aku ada target aku sendiri. Selagi semenanjung aku tak pusing (travel bag pack style), selagi tu takkan start Borneo pulak. Borneo dah habis, baru keluar dari Malaysia pulak. Lain orang lain target die kan. So let me be. Haha. Berlagak. Aku target nak bag packing middle of this year. InsyaAllah moga di mudahkan. Hihi.

5. Umrah. - Aku target nak g umrah tahun depan. Jadi planning aku, nak cukupkan simpanan by end of this year. Kalau aku ikut betul-betul financial planning aku buat ni, insyaAllah aku boleh bawak sorang lagi untuk g dengan aku. Hoyai.. InsyaAllah moga di beri kelapangan dan rezeki jadi tetamu di sana.

Ok, itu je target aku untuk tahun ni.

Korang yang baca tu, tolong doakan semoga aku di mudahkan dan di beri kelapangan untuk achieve 5 points tu ye. Aamiin..


Take care, Happy New Year.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Monday, 29 June 2015

Membuli di Federal Highway.

Assalamualaikum & morning..

Sepatutnya aku dah tidur sekarang sebab esok keja. Tapi sebab terkejut tak hilang lagi, aku tak boleh nak tidur.

Tadi otw balik dari Shah Alam ke rumah aku di Kelana Jaya, aku kena langgar. Entah la kalau ikut kamus polis aku di kira di langgar atau melanggar. Tapi dari diri aku sendiri, aku tahu aku yang di langgar.

Yang melanggar tu lori Airpak, aku kejar suruh beehenti tapi dia lari. And kereta tu pun dah tak mampu nak kejar lagi sebab teruk sangat dah. Sebab aku tengab terkejut sangat, nombor hujung plat no tu aku tak berapa ingat dah. Aku ingat yg depan je..

Driver and kelindan tu dua-dua orang kita.. Islam.. Melayu.. tapi perangai macam hape je.. suruh berhenti konon die nak berhenti, tapi lastly dia lari.. Mujur la aku pakai seat belt and pegang stering kuat-kuat bila dia langgar. Kalau tak mungkin aku pun dah langgar kereta kiri.. Bunyi accident tu kuat sangat, body dia langgar body aku, takkan dia tak perasan kan. Lepas tu bila aku kejar suruh berhenti tepi, konon nak berhenti. Lastly lari. Allahu.. Aku takkan lupa kan orang tu..

Abang aku kata kalau report polis pun, nanti aku gak yang kena saman sebab style polis, kalau tengok kesan accident belah depan macam tu, diorang akan anggap kita yang salah.. and kita la yang akan kena saman 300 nanti.

Serius aku memang tak suka sistem macam ni. Langsung tak ada keadilan. Dah terang-terang orang tu langgar and lari. Abang aku suruh relax dulu hilangkan terkejut dulu. Esok dia tolong aku untuk uruskan hal kereta.

Aku baru rancang nak balik kampung weekend ni. Tapi kereta da tak boleh gerak da skang. Nak tunggu kereta tu siap dengan time bulan puasa ni, abang aku kata dekat 3 minggu gak. Hurm dah la aku nak kena pindah rumah malam esok.

Rasa serabut gak la bila kereta tak ada, and barang-barang nak kena angkut untuk pindah. Moga Allah permudahkan.

Aku tak suka duduk KL.. And now aku makin tak suka duduk KL.. so many selfish people here.!! Ya Allah murahkan lah rezeki ku di tempat lain.

T_T

Apapun alhamdulillah Allah lindungi aku dari injury atau orang yang nak ambil kesempatan.

Kawan-kawan yang ladies ni kalau drive sensorang then accident, kalau kereta tu masih mampu nak kejar kenderaan yang langgar tu pun, sekadar kejar untuk dapatkan no plat nya dah la. jangan mintak dia berhenti. Banyak sebabnya. First maybe korang akan kena tipu macam aku tadi. Konon nak berhenti tapi tak berhenti. Second takut diorang tu ada senjata ke orang jahat ke (kalau dah langgar n lari tu aku dah cop orang jahat dah.) Third bila makin lama ko try kejar orang tu, otak ko akan makin berkecamuk. Dengan terkejut dah mula bagi effect kat satu badan jadi shaking nya, dengan ko da mula rasa kereta ko da tak boleh gerak dah, dengan ko tension orang tu nak lari nya, last last ko yang start tak boleh ingat no plat orang tu. Haa handphone tu walaupun ko bukan jenis yang main phone while driving, tapi sila letak kat tempat senang nak capai. Senang nak amik gambar ke apa ke bila jadi macam aku tadi. Aku simpan dalam handbag, so memang tak dapat nak ambil dah la.

Well, I'm not that good and kind heart, so sampai sekarang aku still rasa aku akan tuntut salah diorang tu, kalaupun bukan kat dunia ni, tapi kat padang masyar tu aku tunggu. Hopefully bila aku da hilang terkejut ni nanti aku boleh maafkan korang.. if i can laa..

Tolong la be responsible atas salah yang kita buat. We didn't seek your nyawa what so ever pun. Just stop there and minta maaf, admit kesalahan, bincang either nak report or nak settle sendiri2 je, tu je. Kalau sikit je kesan dari accident tu tak pe la jugak. Ni habis body kereta aku kot.

Tolong la jadi manusia mature yang boleh bertanggungjawab atas kesalahan sendiri.

Ok assalamualaikum.

Friday, 27 March 2015

Another Phase of Life

Assalamualaikum & Hi.

In less then a week, aku akan mulakan fasa baru dalam hidup aku.

Fasa 1: Zaman kekanak main panas - done!
Fasa 2: Zaman sekolah rendah comot compang camping - done!
Fasa 3: Zaman sekolah menengah aktif outdoor - done!
Fasa 4: Zaman undergraduate pecah otak tak faham kenapa nak ambil course susah - done!
Fasa 5: Zaman menganggur cari kerja dengan kelayakan sampai emo dan hampir putus asa - done!
Fasa 6: Zaman berkerjaya dan kumpul experiences dan cecepat target dapatkan IR - almost start!

Sama macam masa nak cari placement untuk internship dulu, punya lah aku taknak intern di kawasan KL, akhirnya terpaksa accept sebab offers yang dapat semua belah sana jugak, maka sama lah dengan first job aku ni. To start our career in this so busy KL, aku rasa sedih sikit lah. Tapi bila ingat job scopes  yang aku dapat ni, buat aku rasa semangat, and terus aku cakap kat diri sendiri, "KL pun KL la. Cukup experiences, kita pergi la tempat lain yang kurang sesak sikit."

Kita boleh dan mampu merancang segala di dunia, tapi Allah adalah Perancang terbaik. Hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan seisi alam ini. ^  ^
Perancangan manusia itu usaha, dan perancangan Allah itu takdir.

"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)." [ Surah Ali-Imran, ayat 54]

Mohon doakan supaya segala urusan aku di permudahkan ye. Job scopes mencabar gilos bagi aku. Tapi memang kerja gitu pun yang aku dok mencari selama ni. Haha.

Ok until next post, Take care.

Assalamualaikum & peace be upon you. :)

Thursday, 12 March 2015

Random #11

Willfully Ignorant

“We can easily forgive a child who is afraid of the dark; the real tragedy of life is when men are afraid of the light.” ― Plato

“A man is responsible for his ignorance.” ― Milan KunderaLaughable Loves

"Willful ignorance is the state and practice of ignoring any sensory input that appears to contradict one's inner model of reality. At heart, it is almost certainly driven by confirmation bias. It differs from the standard definition of "ignorance" --- which just means that one is unaware of something --- in that willfully ignorant people are fully aware of facts, resources and sources, but refuse to acknowledge them."

P/S: I finally realized that all the misunderstood and rumors about me during my 'World of Learning' few years back was because of my WILLFUL IGNORANCE, because I keep blamed others for accusing me before trying to get to know the real me, because repeatedly told myself that I don't have to say or proof anything to show them that what they thought are totally wrong. (Tarik nafas...) I should be more friendly toward them back then, so that I can proof it that all those rumors are wrong. But what I did is JUST LET MY WILLFUL IGNORANCE CONTROLLED THE SITUATION. Sampai sekarang kena tabahkan diri bila rumors dari zaman tu sampai ke telinga. Dear Naq, moga kau belajar dari kesilapan ni, and stop blamed others for all those rumors.

Assalamualaikum & peace be upon you. ^__^

Friday, 6 February 2015

Sentuhan Tarbiyah, Tautan Hati

Assalamualaikum & peace be upon u.

Last usrah aku attended kalo tak silap, hujung August tahun lepas. Bila habis exam, aku pun balik ke rumah. Malam tadi baru aku dapat pergi usrah semula.

Tau tak betapa seronok aku rasa dapat ikut usrah semula? Alhamdulillah.. ;)

Hopefully there will always be my rezeki untuk attend usrah lagi.

Terasa macam picisan puzzle yang tercicir mula bercantum balik. Mungkin itu lah namanya rahmat dari majlis yang diberkati Allah. Terasa macam orang yang baru bertemu kekasih. Mungkin tu la namanya ukhwah dan kasih sayang sesama hamba-Nya yang mempunyai matlamat yang sama.

Terima kasih Ya Allah. ;)

Assalamualaikum & peace be upon you.