Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 24 October 2014

Travelog #1 - East Coast Malaysia

Assalamualaikum & peace be upon you. ^_^

Bulan lepas, aku dapat call untuk interview di Kuantan. So aku pun terus decided untuk travel ke belah pantai timur semenanjung nieh. Sebab dah lama kan tak berjalan. Tapi kali ni, memang travelling, to be exact, budget travelling la. Bukan holiday. So boleh bajet la kan macam mana gaya orang travelling ni.

Dengan bag pack besar gabak penuh pulak tu, disumbat semua segala kelengkapan untuk interview and pakaian jalan. So hari selasa petang aku mula pergi cari tiket dulu. Tiket ke Kuantan, as my main target kan nak ke interview di Kuantan. Since interview tu hari Jumaat, so aku ambil tiket hari Khamis. Khamis petang, naik bas dari Manjung ke Kuantan, sampai dalam pukul 3 lebih pagi. Terus ke rumah Pak Long. Sampai ke rumah Pak Long, terus tidur. Hihi. Esok nya lepas subuh aku sambung tidur lagi, sebab Pak Long belum balik kerja. Nak keluar pun aku bukan tau sangat tempat-tempat kat situ. Dalam pukul 9 lebih kami keluar pergi breakfast. Lepas solat Jumaat, Pak Long hantar aku ke tempat interview tu.

Since this post bukan pasal interview tapi pasal travelog, so aku tak nak story pasal interview kat sini. Haha. Tapi aku lupa nak ambil gambar time kat Kuantan. Sebab dalam otak asyik set yang kat Kuantan masa untuk be professional and mature. End up lupa terus nak ambil gambar. Hahaha. Lepas interview pun aku terus ambil tiket ke Kuala Terengganu, so aku memang tak sempat berjalan kat Kuantan.

Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, bas aku naik tu lalu Kerteh and Paka. Eventhough aku dah beberapa kali ke Kerteh, tapi aku tak pernah keluar ke kawasan plant stations waktu malam. So that nite was the very first time aku tengok sendiri dengan naked eyes aku betapa cantik tempat tu waktu malam. But what was in my mind that time is, secara luar nya, memang betul cantik sangat tengok plant stations tu semua. dengan api yang marak and nampak gah membakar, dengan cahaya lampu yang terang benderang, dengan segala equipments yang besar sampai aku sempat uji ingatan aku dengan main teka jenis equipment bagai, but then..... semua tu secara luaran, fizikal. Hakikatnya, segala kecantikan tu actually kemusnahan secara perlahan, yang mana kalau sekali lalu macam masa tu, aku tak akan perasan pun semua tu bukan kecantikan but then kemusnahan. Why I'm saying this? Ye lah, air pollution kan semua pembakaran tu. Walaupun kadarnya minimum, but still, pollution! But what choice that we have now? Zaman sekarang, semua tu dah menjadi keperluan kita. Tak boleh tidak, kena telan jugak yang kita sebahagian dari penyumbang kepada kebutuhan segala pencemaran ni. What a sad life we have. We know yet we can't live without it. :(

Okay balik semula ke travelog aku.

Sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 11 malam. Aku tunggu Madihah ambil aku, sebab aku mintak untuk tumpang rumah dia. Sampai di rumah Madihah, terus tidur. Sebab aku ada misi esok paginya. Misi ke Kota Bharu. Dalam pukul 8 pagi, hari Sabtu, Madihah, Fitri (adik Madihah) and aku gerak ke Kota Bharu. Singgah dulu kat Melor. Ambil Izni di rumah Tok nya. Direction Izni bagi, memang buat bahan sampai sekarang. Haha. Sebelum kami gerak ke Kota Bharu dari Melor, Izni bawak kami singgah pusara arwah ibu Izni. Alhamdulillah, it's felt really touched. Sebab Izni sudi kongsi satu dari picis hidup dia dengan kami. :)

First place kami tuju masa di Kota Bharu is KBMall, nak tengok tempat Izni berbisnes. Kemudian ke Masjid Muhammadi. Kemudian terus ke restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Habis manjakan perut, kami ke pasar Siti Khadijah pulak. Lepas tu hantar Izni ke rumah dia di Pengkalan Chepa dan terus balik ke Kuala Terengganu semula. Disebabkan kami sampai Kota Bharu dah agak lewat, memang tak banyak tempat yang dapat pergi. But never mind, nama pun travel, mana yang sempat je la kan. Hihi.

- Izni claim ini sebagai jambatan kecil. ~_~' -

- Antara tempat yang kami pergi. Hihi -
- Gendang ni besar gabak. Lagi besar dari kereta MyVi kat tepi tu -

Betapa aku rindu Kota Bharu. Setiap jalan dan tempat yang aku pergi, aku rasa macam tengah tengok moments dengan kawan-kawan diploma dulu. Ironinya, sekarang pergi dengan kawan-kawan degree. Dengan cara hidup dan situasi yang berbeza, tapi masih boleh ingat dan bayang dengan jelas moments zaman diploma dulu. Rindu.. Rindu.. Rindu sangat. Itu je mampu aku cakap.

- Madi, me, and Izni -

Okay, the next day aku pergi jalan-jalan sekejap dengan Madi and emaknya sekitar Kuala Terengganu. Kami ke Kg. Cina dan Pasar Payang. Disebabkan kami keluar da pukul 10 pagi, memang panas gilos la kalo nak bergambar kat kawasan tepi laut tu. Haha. Sebelum tu, kami singgah di station bus sebab aku nak beli tiket untuk balik malam tu. Tapi tiket semua habis. So terpaksa la aku extend travel series aku sehari lagi. Petang tu Madi and Fitri bawa aku jalan-jalan kat Masjid Kristal pula.

- Fist day jalan-jalan kat KT -

So, the last day kat KT, Madi bawa aku ke Masjid Tengku Tengah Zaharah, or lagi famous amors Masjid Terapung. Lepas tu kami ke Pantai Batu Buruk, then terus ke Perpustakaan Negeri sebab ada  budak tu nak check result dia and confirm kan attendance ke convocation. After that kami ke Kg. Losong untuk lunch keropok lekor. Hihi. So malam tu, Madi and ayah nya hantar aku ke station bus, ready to back to my family. Acececeh ayat poyo gila.

- Last day jalan-jalan kat KT -

Okay, tu je la kesah nya. Apapun, aku rasa seronok walaupun travelog ni tak se-100% macam yang aku selalu impikan dari kecil-kecil dulu. But it's okay, I believe I will get more and more changes after this. :)

Thanks to Madihah and family for their kindness.. :)

- Madi & Fitri; tour guides terboikss -
xoxo

Assalamualaikum & peace be upon you.